Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Jumaat, 26 April 2013

Bengkel Pegukuhan Orang yang Hidup Dengan HIV (ODHA)

Assalamualaikum wmt. wbt.

Alhamdulillah pada 23 - 25 April 2013 yang lepas saya telah berjaya menghadiri bengkel pengukuhan ODHA dengan jayanya. Bengkel yang penuh dengan informasi berkaitan isu HIV/AIDS yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan beberapa lagi pertubuhan yang lain. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini memang banyak manfaat kepada saya, bukan sahaja membincagkan isu-isu HIV/AIDS malah menerapkan aspek motivasi dan jati diri dalam diri ODHA.

ODHA sememangnya banyak bermain dengan permainan psikologi sepanjang hidup mereka. Persoalan-persoalan seperti penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap ODHA, masalah kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil dan bermacam-macam masalah dalam kehidupan yang mengganggu emosi mereka. Aspek motivasi dan psikososial amat penting kepada mereka dalam menjalani hidup sebagai ODHA. Penerimaan masyarakat di luar sana terhadap ODHA amat penting dalam menyuburkan motivasi dalam diri mereka. 'Aku ingin diterima bukan disisihkan', itulah yang selalu diharapkan oleh mereka kerana mereka ini adalah manusia biasa yang tidak perlu kita sisihkan atas sebab status mereka sebagai ODHA.

Masyarakat di luar sana perlu tahu bahawa ODHA tidak merbahaya seperti mana yang disangka. Masyarakat perlu tahu bagaimana virus itu boleh menjagkiti bukan mengelakkan atau menjauhkan diri daripada ODHA.

Saya rasa gembira dan bersyukur kerana ada pihak di luar sana yang prihatin dan menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap ODHA. Saya mengharapkan lebih ramai masyarakat di luar sana yang membuka minda dan hati mereka untuk bersama-sama memusnahkan segala prejudis, stigma dan diskriminasi terhadap ODHA.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JAKIM dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana usaha anda untuk mendekati golongan ODHA dalam membantu mereka melawan stigma, diskriminasi dan prejudis.

3 ulasan:

  1. Untuk maklumat awak, dalam tempoh beberapa bulan daripada sekarang saintis dari Denmark akan buat pengumuman yang HIV boleh disembuhkan. Setakat ini mereka telah berjaya memanggil keluar virus HIV yang bersembunyi dalam DNA cell reservoir. Mereka sekarang telah menguji ubat tersebut ke atas 15 orang penghidap HIV. Apabila virus HIV keluar ke permukaan DNA cell, immune system akan mengenal pasti virus HIV sebagai ancaman dan akan bertindak menyerang dan membunuh virus tersebut. Ujian yang dilakukan di dalam makmal menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Mereka yakin dalam tempoh beberapa bulan ini rawatan yang dilakukan ke atas 15 orang penghidap HIV akan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan iaitu HIV berjaya disembuhkan. Sama2lah kita berdoa semoga usaha ini berjaya. Amin.

    BalasPadam
  2. assalammualaikum...saya ade menjual produk supliment dari transfer factor yang membantu meningkat paras cd4 sehingga 437%..dan boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit hiv/aids.Insyallah.. Boleh melayari blog saya

    http://rumpailautkolegenulung.blogspot.com/2013/05/menyembuhkan-penyakit-kanser-tahap-1-4.html

    Kenapa saya kata penghidap hiv boleh sembuh dengan mengambil supliment dari transfer factor? ini kerana produk ini meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap 200% – 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan2 kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meranda, mencari dan memusnahkan bentuk2 infeksi dan sel2 berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel2 hiv/aids,kanser dan sel2 yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.

    BalasPadam
  3. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar HIV sudah ditemui.Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    BalasPadam