Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 24 Mei 2012

Tarikh Keramat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

18 FEBRUARI 2012 adalah merupakan tarikh keramat dalam hidup aku. Tarikh yang tidak akan dapat aku lupakan dan tarikh dimana tercatatnya sejarah baru dalam hidup aku. Kenapa aku katakan tarikh itu adalah tarikh keramat? Ini adalah kerana pada tarikh tersebut aku dianugerahkan satu kehidupan yang baru. Dalam kehidupan ini aku memegang status baru iaitu PLHIV. Seronok ke dapat pegang status ni? Apa yang bestnya dengan status ni? Setakat ini, selama aku memegang status itu, aku tak rasakan ada apa-apa masalah dengan hidup aku. Aku seronok kerana aku dapat lebih ramai kawan dari sebelum ni. Aku dapat kawan-kawan yang hebat pula tu bukan calang-calang sahabat yang aku dapat. Sahabat yang kuat semangat dan sanggup bantu aku samada aku dalam susah atau senang. Jadi best lah kan dapat pegang status ni sebab tak ramai pun kat Malaysia ni yang dianugerahkan status tu. Status ni pula dianugerahkan oleh Pencipta Yang Teragung di alam semesta ni. Kau ada??!!Jadi aku bersyukur dianugerahkan status ni sebab aku tahu ada sebab dan hikmah kenapa Pencipta Yang Teragung menganugerahkannya kepada aku.

Mesti ada orang tanya, budak ni x sedih ke bila dapat tahu positif HIV. Satu penyakit yang tak ada penawar dan dibenci oleh masyarakat. Masyarakat akan sisihkan pesakit-pesakit ni sebab takut berjangkit. Mestilah ada perasan sedih dan kecewa dan bayak lagilah kalau nak cakap perasaan masa dapat tahu positif tu. Aku ni manusia yang dikurniakan dengan perasaan bukan robot yang tak ada perasaan. Tapi kalau aku sedih dan menanggis sampai keluar air mata darah sekali pun aku tetap HIV+ve. Tak akan mengubah apa-apa. Jadi buat apa aku nak terus merintih dan menyesal dengan apa yang Allah telah uji kepada aku ni. Sesuatu ujian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya tu adalah untuk kebaikan hambaNya dan bukan untuk keburukan hambaNya. Jadi aku kena belajar untuk menerima apa yang Allah telah tetapkan dan uji untuk aku. Aku yakin redha Allah datangnya dari redha hambaNya. 

Bersifat redha dalam menerima ujian Allah adalah sesuatu yang wajib dalam Islam. Islam menuntut penganutnya supaya redha dengan setiap ujian Penciptanya. Aku nak memetik satu petikan daripada hadis qudsi dimana Allah berfirman :

           "Barang siapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang aku 
             timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain daripada-Ku". (HR Thabrani)

Apa yang aku dapat simpulkan daripada hadis di atas, kita sebagai seorang yang bertuhankan Allah s.w.t kita wajib meredhai setiap apa yang diuji kepada kita. Aku juga percaya Allah menguji kita sebab Allah tu sayang akan kita dan rindu kepada kita. Dengan ujian yang diberikan atau musibah yang ditimpakan kepada hambaNya lah yang dapat mendekatkan kita hamba yang hina ini kepada Allah s.w.t. Kita yang diuji ini patut rasa beruntung kerana Allah masih sayang pada kita. Dalam Al-Quran ada menyebut :

          "Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : "kami telah 
            beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang
            yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar 
            dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)". 
            (Surah Al-Ankabut : 2-3)

Hadis lain yang menceritakan tentang ujian Allah kepada kita adalah seperti di bawah:

           "Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala),
             sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara 
             mereka  ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin 
             oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas 
             hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah." (HR Thabrani)


Jadi sampai bila aku nak menanggis dengan ujian Allah ni..Sehari dua boleh lah mungkin sebab sedih tapi kalau dah sebulan dua atau setahun dua takkan kita nak menanggis lagi. Sebab tu sekarang aku belajar untuk meredhai setiap ujian Allah sebab aku ingin Mencari Keredhaan Allah. Aku mengharapkan aku akan menjadi seseorang yang berguna dan berjaya satu hari nanti. Ujian Allah ini membuka mata dan fikiran aku untuk menjadikan aku insan yang lebih berfikiran positif, bermotivasi, berperikemanusiaan dan bermatlamat. Kepada rakan PLHIV semoga kita mendapat rahmat daripadaNya. Amin.

Wallahualam.

Sumber rujukan : iluvislam.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan