Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Isnin, 22 April 2013

Macam Mana Saya Boleh Dapat HIV ya?

Entri yang keenam saya ni, saya nak kupas persoalan di atas. Persoalan tu bukan saya nk bagi tau macam mana saya dapat HIV tapi bagaimana orang-orang diluar sana berisiko untuk dijangkiti. Persoalan ni nampak senang je tapi masih ramai yang kurang jelas dan mungkin ada yang tak ambil kisah. Alasannya, 'benda ni tak ada kaitan dengan hidup aku pun'. Perlu diingat, HIV x mengenal siapa mangsanya, bermaksud sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti. Bukan orang gay, kaki langgan pekerja seks dan pengguna dadah suntikan je yang akan dijangkiti malah isteri dan anak-anak yang tak melakukan perkara-perkara di atas pun boleh dijangkiti. Sebab apa mereka dijangkiti? Sebab adanya orang yang tidak ambil kisah ni lah mereka menjadi mangsa keadaan.

Ok la, HIV hanya berada dalam cecair badan yang berupa air mani, air mazi, cecair faraj, darah dan susu ibu. Air liur, air kencing, air peluh, air mata dan sebagainya lah hanya ada sedikit kandung virus dan oleh kerana kandungan virusnya sangat-sangat la sedikit, cecair-cecair ini tak boleh memindahkan virus HIV kepada orang lain. Hanya cecair yang mula-mula saya bagi tau tadi sahaja yang boleh memindahkan HIV kepada orang lain iaitu AIR MANI, AIR MAZI, CECAIR FARAJ, DARAH dan SUSU IBU.

Jadi, bagaimana pula cecair ini boleh menjangkiti orang lain?

Cecair ini boleh menjagkiti orang lain dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti MELAKUKAN SEKS TANPA MENGGUNAKAN KONDOM DENGAN ORANG YANG TELAH DIJANGKITI, BERKONGSI JARUM SUNTIKAN DENGAN ORANG YANG TELAH DIJANGKITI, JANGKITAN IBU YANG HIV POSITIF KEPADA BAYI YANG DALAM KANDUNGAN, PENYUSUAN BADAN OLEH IBU YANG DIJANGKITI HIV KEPADA BAYI DAN PEMINDAHAN ORGAN/DARAH YANG TELAH DICEMARI OLEH HIV. Selain daripada aktiviti-aktiviti tu seperti berkongsi makanan, bersalaman, berpelukan, bercium, berkongsi kolan renang dan tandas, berkongsi peralatan makanan dan lain-lain tidak akan menjangkiti orang lain.

Bila dah tau cara jangkitan dan cecair yang mengandungi HIV mestilah tau bagaimana cara nak elakkan daripada jangkitan. Cara-cara mengurangkan atau menggelakkan daripada jangkitan ialah:

A - Abstinence = tidak melakukan hubungan seks dengan sesiapa
B - Be faithful   = setia pada satu pasangan sahaja. 
C - Correctly use condom = gunalah kondom dengan betul semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan yang kita tak tau status HIV mereka
D - Do not share needle and syringe = jangan berkongsi jarum suntik dan tabung dengan orang yang anda tak tau status HIV mereka
E - Education = cari la pengetahuan berkenaan HIV/AIDS dan jika anda tau ajarilah mereka yang samar-samar berkenaan HIV/AIDS

Jadi semudah A, B, C, D, dan E untuk mengelakkan anda untuk dijangkiti atau menggurangkan risiko untuk dijangkiti. Pasti anda boleh lakukan.

Bagaimana pula ya saya boleh tau yang saya dijangkiti HIV?

HIV hanya boleh diketahui melalui ujian darah sahaja. Kita tak boleh tau seseorang itu dijangkiti HIV hanya dengan melihat fizikal mereka sahaja. Jadi, kepada mereka yang terdedah kepada risiko seperti yang saya nyatakan di atas tadi, segeralah untuk menjalani ujian saringan HIV untuk mengetahui status HIV anda dan untuk menyelamatkan orang lain. Anda boleh jalani ujian saringan HIV tanpa nama dimana-mana klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaan, klinik-klinik atau hospital-hospital swasta atau makmal-makmal ujian darah. Anda juga boleh lakukan ujian saringan HIV tanpa nama di PT Foundation. Untuk maklumat lanjut tentang PT Foundation anda boleh layari www.ptfmalaysia.org.

Bertindaklah sekarang demi kesejahteraan anda dan orang lain.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. Bagus ! THUMBS UP

    BalasPadam
  2. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar HIV sudah ditemui.Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    BalasPadam