Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 15 Januari 2015

Welcome Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini,

Pertama-tama sekali saya nak minta maaf kepada semua pembaca-pembaca blog sebab saya lama menyepi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca dan memberi maklum balas tentnag entri-entri saya yang lepas. Diharap lebih ramai para pembaca yang dapat memberi sokongan kepada blog ini di masa hadapan.

Lama saya menyepi, saya rasa hampir setahun atau mungkin lebih daripada setahun saya menyepi. maklumlah kebelakangan ini saya sibuk sedikit dan kurang ada mood nak menulis dalam blog ni, tak ada idea nak tulis. Hari ini tiba-tiba rasa terpanggil untuk update semula blog yang dah berkurun tak di update ni. Sebelum saya lupa, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada para pembaca, walaupun dah setengah bulan berlalu. huhuhu.

Entri kali ini mungkin tak ada perkara yang penting hendak saya bincangkan, hanya sekadar membuat come back setelah lama menyepi. Mungkin saya boleh update sedikit perkembangan kehidupan saya sebagai PLHIV. Buat pengetahuan para pembaca, diam tak diam dah hampir 3 tahun saya hidup dengan HIV. Cepatkan masa berlalu. Bulan depan Februari, 17 adalah ulang tahun saya hidup sebagai PLHIV. Alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan ntuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang kepada aku untuk terus hidup di muka bumiMu ini dan terus berbakti kepada hamba-hambaMu. Alhamdulillah, pada sesi rawatan susulan saya dengan pakar ID di HSB hujung tahun lepas menunjukkan tahap kesihatan di tahap yang memuaskan dan saya masih lagi belum memulakan rawatan HAART. pada yang tidak tau apa itu rawatan HAART, rawatan HAART atau nama panjangnya Highly Active Anti-Retroviral Teraphy, di mana rawatan ini diberikan kepada PLHIV untuk membantu mengurangkan bilangan virus HIV dalam badan dan secara tidak langsung memanjangkan hayat mereka dan membolehkan mereka hidup normal seperti orang yang tidak dijangkiti oleh HIV. Mungkin pada entri yang berikutnya saya akan sentuh pasal HAART ini untuk memberi gambaran kepada para pembaca mengenai apa itu HAART.

Saya berharap di tahun baru ini saya akan lebih sihat dan berjaya dalam hidup. Harap para pembaca mendoakan yang terbaik untuk saya. Pada tahun 2015 ini juga saya harap supaya saya dapat menghabiskan pengajian saya di peringkat sarjana dengan jayanya. Kepada pembaca yang tertanya-tanya, orang yang ada HIV ni boleh ke sambung belajar? Jawapannya ialah YA, orang yang ada HIV masih boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun Doktor Falsafah. Semuanya bergantung pada diri individu itu bukan HIV. Jika remaja PLHIV di luar sana yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, teruskan niat anda itu kerana HIV bukan penghalang kepada niat dan kejayaan anda. Itu semua adalah merupakan persepsi masyarakat umum yang kurang pengetahuan tentang HIV. Anda berhak mengatur masa depan anda sendriri bukan mereka di luar sana.

Saya rasa mungkin sampai di sini dulu nukilan saya pada kali ini. Insha Allah di masa-masa akan datang saya akan update blog ini buat tatapan para pembaca. Akhir kalam dari saya, semoga para pembaca di luar sana sentiasa mendapat redha dan lindungan daripada Allah S.W.T. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.