Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Jumaat, 26 April 2013

Bengkel Pegukuhan Orang yang Hidup Dengan HIV (ODHA)

Assalamualaikum wmt. wbt.

Alhamdulillah pada 23 - 25 April 2013 yang lepas saya telah berjaya menghadiri bengkel pengukuhan ODHA dengan jayanya. Bengkel yang penuh dengan informasi berkaitan isu HIV/AIDS yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan beberapa lagi pertubuhan yang lain. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini memang banyak manfaat kepada saya, bukan sahaja membincagkan isu-isu HIV/AIDS malah menerapkan aspek motivasi dan jati diri dalam diri ODHA.

ODHA sememangnya banyak bermain dengan permainan psikologi sepanjang hidup mereka. Persoalan-persoalan seperti penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap ODHA, masalah kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil dan bermacam-macam masalah dalam kehidupan yang mengganggu emosi mereka. Aspek motivasi dan psikososial amat penting kepada mereka dalam menjalani hidup sebagai ODHA. Penerimaan masyarakat di luar sana terhadap ODHA amat penting dalam menyuburkan motivasi dalam diri mereka. 'Aku ingin diterima bukan disisihkan', itulah yang selalu diharapkan oleh mereka kerana mereka ini adalah manusia biasa yang tidak perlu kita sisihkan atas sebab status mereka sebagai ODHA.

Masyarakat di luar sana perlu tahu bahawa ODHA tidak merbahaya seperti mana yang disangka. Masyarakat perlu tahu bagaimana virus itu boleh menjagkiti bukan mengelakkan atau menjauhkan diri daripada ODHA.

Saya rasa gembira dan bersyukur kerana ada pihak di luar sana yang prihatin dan menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap ODHA. Saya mengharapkan lebih ramai masyarakat di luar sana yang membuka minda dan hati mereka untuk bersama-sama memusnahkan segala prejudis, stigma dan diskriminasi terhadap ODHA.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JAKIM dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana usaha anda untuk mendekati golongan ODHA dalam membantu mereka melawan stigma, diskriminasi dan prejudis.

Isnin, 22 April 2013

Macam Mana Saya Boleh Dapat HIV ya?

Entri yang keenam saya ni, saya nak kupas persoalan di atas. Persoalan tu bukan saya nk bagi tau macam mana saya dapat HIV tapi bagaimana orang-orang diluar sana berisiko untuk dijangkiti. Persoalan ni nampak senang je tapi masih ramai yang kurang jelas dan mungkin ada yang tak ambil kisah. Alasannya, 'benda ni tak ada kaitan dengan hidup aku pun'. Perlu diingat, HIV x mengenal siapa mangsanya, bermaksud sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti. Bukan orang gay, kaki langgan pekerja seks dan pengguna dadah suntikan je yang akan dijangkiti malah isteri dan anak-anak yang tak melakukan perkara-perkara di atas pun boleh dijangkiti. Sebab apa mereka dijangkiti? Sebab adanya orang yang tidak ambil kisah ni lah mereka menjadi mangsa keadaan.

Ok la, HIV hanya berada dalam cecair badan yang berupa air mani, air mazi, cecair faraj, darah dan susu ibu. Air liur, air kencing, air peluh, air mata dan sebagainya lah hanya ada sedikit kandung virus dan oleh kerana kandungan virusnya sangat-sangat la sedikit, cecair-cecair ini tak boleh memindahkan virus HIV kepada orang lain. Hanya cecair yang mula-mula saya bagi tau tadi sahaja yang boleh memindahkan HIV kepada orang lain iaitu AIR MANI, AIR MAZI, CECAIR FARAJ, DARAH dan SUSU IBU.

Jadi, bagaimana pula cecair ini boleh menjangkiti orang lain?

Cecair ini boleh menjagkiti orang lain dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti MELAKUKAN SEKS TANPA MENGGUNAKAN KONDOM DENGAN ORANG YANG TELAH DIJANGKITI, BERKONGSI JARUM SUNTIKAN DENGAN ORANG YANG TELAH DIJANGKITI, JANGKITAN IBU YANG HIV POSITIF KEPADA BAYI YANG DALAM KANDUNGAN, PENYUSUAN BADAN OLEH IBU YANG DIJANGKITI HIV KEPADA BAYI DAN PEMINDAHAN ORGAN/DARAH YANG TELAH DICEMARI OLEH HIV. Selain daripada aktiviti-aktiviti tu seperti berkongsi makanan, bersalaman, berpelukan, bercium, berkongsi kolan renang dan tandas, berkongsi peralatan makanan dan lain-lain tidak akan menjangkiti orang lain.

Bila dah tau cara jangkitan dan cecair yang mengandungi HIV mestilah tau bagaimana cara nak elakkan daripada jangkitan. Cara-cara mengurangkan atau menggelakkan daripada jangkitan ialah:

A - Abstinence = tidak melakukan hubungan seks dengan sesiapa
B - Be faithful   = setia pada satu pasangan sahaja. 
C - Correctly use condom = gunalah kondom dengan betul semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan yang kita tak tau status HIV mereka
D - Do not share needle and syringe = jangan berkongsi jarum suntik dan tabung dengan orang yang anda tak tau status HIV mereka
E - Education = cari la pengetahuan berkenaan HIV/AIDS dan jika anda tau ajarilah mereka yang samar-samar berkenaan HIV/AIDS

Jadi semudah A, B, C, D, dan E untuk mengelakkan anda untuk dijangkiti atau menggurangkan risiko untuk dijangkiti. Pasti anda boleh lakukan.

Bagaimana pula ya saya boleh tau yang saya dijangkiti HIV?

HIV hanya boleh diketahui melalui ujian darah sahaja. Kita tak boleh tau seseorang itu dijangkiti HIV hanya dengan melihat fizikal mereka sahaja. Jadi, kepada mereka yang terdedah kepada risiko seperti yang saya nyatakan di atas tadi, segeralah untuk menjalani ujian saringan HIV untuk mengetahui status HIV anda dan untuk menyelamatkan orang lain. Anda boleh jalani ujian saringan HIV tanpa nama dimana-mana klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaan, klinik-klinik atau hospital-hospital swasta atau makmal-makmal ujian darah. Anda juga boleh lakukan ujian saringan HIV tanpa nama di PT Foundation. Untuk maklumat lanjut tentang PT Foundation anda boleh layari www.ptfmalaysia.org.

Bertindaklah sekarang demi kesejahteraan anda dan orang lain.

Wassalam.

Aku dan Kisahku


Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Hari ni saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan pembaca semua. Kalau nak ikutkan saya ni baru sangat lagi berkecimpung dalam dunia PLHIV ni. Kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi kawan-kawan saya yang dah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia PLHIV ni, siapa lah saya ni yang baru setahun memegang title Mr. PLHIV. Tapi bagi saya, dengan berkongsi pengalaman dan cerita yang postif dapat menjadikan kita lebih baik.

Bila diingat balik masa mula-mula saya dapat tau yg saya positif tu memang la terkejut, tak percaya, kecewa dan banyak lagi la perasaan berputar-putar dalam jiwa ni. Saya rasa kawan-kawan pn tau macam mana perasaan tu sebab saya lalui apa yang kawan-kawan lalui. Biasalah mula-mula dapat tau sapa yang x terkejut. It is normal. Masa saya dapat tau dulu sebab saya buat medical check-up untuk sambung study. Bayangkanlah saya dapat tau keputusan tu malam sebelum saya pergi daftar untuk study. Malam tu perasaan excited dan happy untuk sambung blajar terus bertukar jadi kecewa dan hampa. Sebabkan keputusan malam tu saya cancel utk daftar diri sebab takut nanti orang akan tau saya PLHIV dan saya tak diterima utk masuk blajar. Tak cukup dengan tu, malam saya dapat tau tu juga lah mak dan ayah saya terpacul kat klinik yang saya amek result tu. Bila doktor tu tau mak n ayah saya ada kat luar bilik doktor, doktor tu panggil mereka masuk dan bagi tau yg saya positif HIV. Tak sempat dah nk sorok-sorok lagi.

Alhamdulillah diorg boleh terima tapi penerima diorg x la seratus peratus hanya 10% je kot. Macam2 persoalan dan andaian negatif yang diorg lemparkan kat saya yang buatkan saya stress. Maklumlah masa tu saya x tau apa2 pasal HIV n x tau kat sapa saya nk rujuk n ceritakan masalah saya. Kalau saya menangis pun saya menangis sorg2. Selama 1 bulan saya berseorangan tanpa ada sokongan daripada sapa2. Saya kuatkan semangat saya untuk cari tempat dan orang utk saya dapatkan sokongan. Mula2 organisasi yang saya hubungi ialah MAC. Salah sorang staff MAC yg pertama saya kenal ialah kak Norlela Mokhtar, wanita berjiwa kental. Kak Ella yg membawa saya mengenali dunia HIV dan kawan2 senasib yang sangat kental jiwa mereka. Saya masih ingat lagi masa first saya join program empowerment workshop yg MAC buat kat Radius Hotel. Kat situ lah saya jumpa dengan ramai perwira2 dan wirawati2 berjiwa kental. Di situ lah saya mengambil semangat dan inspirasi untuk saya jadi mcm mereka.

Saya buang semua gundah gulana dalam diri saya, buang sedikit demi sedikit perasaan negatif dan tetapkan matlamat dalam hidup saya. Saya bagi tau diri saya yang saya kena kuat untuk buktikan pada mak n ayah serta masyarakat kat luar tu yang PLHIV mampu berjaya. Dah tak ada masa dah untuk saya menangis berbulan2 sampai bertahun2, merintah yang x berkesudahan. Bagi saya, bila saya mati nanti saya x mati dengan sia2. Sekurang-kurangnya saya dapat balas jasa mak n ayah saya. Kalau kita merintih apa yang kita dapat? Apa pun x boleh.

Kalau boleh kawan2 yg baru diagnosed kat luar tu, cuba anda muhasabah diri selepas apa yang dah terjadi kat diri anda. Muhasabah bukan bermaksud menangis menyesali apa yg dah berlaku tapi muhasabah mencari jalan untuk memperbaiki apa yang telah kita rosakkan. Percayalah setiap orang jauh disudut hati mereka ada kekuatan. Kekuatan tu seperti tiram di dasar laut yang tersimpan jauh di dasar dan perlukan semangat dan jati diri untuk mendapatkannya. Merintih tu ibarat api dalam sekam yang lama-kelamaan akan membakar dan memusnahkan kita. Saya bukan nk kata saya hebat tapi cuma berkongsi kalau saya x kuatkan semangat saya, saya rasa saya bukan seperti sekarang. Siapa yang jumpa saya masa pertama kali saya join program tu mereka akan tau mcm mana sy masa mula2 dulu diam dan tak ceria. Tapi saya x biarkan benda tu lama2 sebab saya tau saya deserve happiness in my life. Kawan2 saya bukan tempat untuk saya meroyan tapi kawan2 saya adalh tempat saya mendapatkan inspirasi untuk menjadi lebih baik. Saya x suka meroyan lebih2 ni sebab it is useless to me.

Selasa, 19 Februari 2013

HAPPY 1ST ANNIVERSARY!!!

Assalamualaikum wmt. wbt.

Lama dah aku x masuk dalam blog ni utk update apa-apa cerita. Sebelum ni tak ada masa nak duduk mengadap depan laptop ni untuk mengarang cerita-cerita baru dalam blog ni. Alhamdulillah hari ni aku diberi kekuatan dan kelapangan olehNya untuk menulis dalam blog ni.

Aku menulis malam ni sempena ulang tahun yang pertama aku dilahirkan dengan kehidupan yang baru. Ulang tahun yang pertama aku bersatu dengan virus dalam badan aku ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Dia masih memberi aku nikmat sihat, gembira, dan banyak lagi walaupun dah setahun aku poz. Aku semakin boleh menerima hakikat yang aku poz malah aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup dan mengejar cita-cita dan impian aku.

Sekarang, aku berada di salah sebuah IPTA di negara ini bagi meneruskan impian aku untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dulu orang kata masa depan aku gelap, aku tak boleh sambung belajar sebab aku ada virus ni, tetapi sekarang aku dah pun menjejakkan kaki aku di IPTA untuk menyambung pelajaran aku. Itulah yang dikatakan ketentuan Illahi. Kita manusia ni tak mampu untuk meramal apa yang akan berlaku esok hari. Hanya yang Esa sahaja tahu apa yang akan berlaku esok hari. Kita sebagai manusia ni hanya perlu berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan hari esok. Selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Sekarang aku perlu terus memandang kehadapan untuk meneruskan hidup aku ni. Banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan demi komuniti dan negara. Sempena setahun aku didiagnos, aku terus berazam untuk terus kuat dan bersemangat untuk terus berjuang dalam hidup ini. Hidup kita bukan untuk kalah dan berputus asa. Hidup kita adalah untuk mencipta kejayaan, kejayaan dunia dan akhirat. Jom kita terus bangkit dan lupakan kesedihan yang menjadi racun yang akan menjadikan kita orang yang kalah dalam hidup ni.

Akhir sekali, aku berharap dan berdoa kepada Allah supaya Dia memberi aku kekuatan dan memberkati hidup aku ni untuk terus berjuang demi keluarga, kawan-kawan dalam komuniti dan masyarakat.