Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Selasa, 19 Februari 2013

HAPPY 1ST ANNIVERSARY!!!

Assalamualaikum wmt. wbt.

Lama dah aku x masuk dalam blog ni utk update apa-apa cerita. Sebelum ni tak ada masa nak duduk mengadap depan laptop ni untuk mengarang cerita-cerita baru dalam blog ni. Alhamdulillah hari ni aku diberi kekuatan dan kelapangan olehNya untuk menulis dalam blog ni.

Aku menulis malam ni sempena ulang tahun yang pertama aku dilahirkan dengan kehidupan yang baru. Ulang tahun yang pertama aku bersatu dengan virus dalam badan aku ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Dia masih memberi aku nikmat sihat, gembira, dan banyak lagi walaupun dah setahun aku poz. Aku semakin boleh menerima hakikat yang aku poz malah aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup dan mengejar cita-cita dan impian aku.

Sekarang, aku berada di salah sebuah IPTA di negara ini bagi meneruskan impian aku untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dulu orang kata masa depan aku gelap, aku tak boleh sambung belajar sebab aku ada virus ni, tetapi sekarang aku dah pun menjejakkan kaki aku di IPTA untuk menyambung pelajaran aku. Itulah yang dikatakan ketentuan Illahi. Kita manusia ni tak mampu untuk meramal apa yang akan berlaku esok hari. Hanya yang Esa sahaja tahu apa yang akan berlaku esok hari. Kita sebagai manusia ni hanya perlu berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan hari esok. Selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Sekarang aku perlu terus memandang kehadapan untuk meneruskan hidup aku ni. Banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan demi komuniti dan negara. Sempena setahun aku didiagnos, aku terus berazam untuk terus kuat dan bersemangat untuk terus berjuang dalam hidup ini. Hidup kita bukan untuk kalah dan berputus asa. Hidup kita adalah untuk mencipta kejayaan, kejayaan dunia dan akhirat. Jom kita terus bangkit dan lupakan kesedihan yang menjadi racun yang akan menjadikan kita orang yang kalah dalam hidup ni.

Akhir sekali, aku berharap dan berdoa kepada Allah supaya Dia memberi aku kekuatan dan memberkati hidup aku ni untuk terus berjuang demi keluarga, kawan-kawan dalam komuniti dan masyarakat.

6 ulasan:

  1. Alhamdulilah, saya gembira untuk awak.... selamat belajar.. saya pun harap awak habis belajar dengan cemerlang... moga di permudahkan segala urusan belajar dan kesihatan yang baik... amin amin amin. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.
    Happy 1st Anniversary
    semoga diberikan kekuatan dan kesihatan selamanya
    belajar rajin2
    jgn ponteng kelas
    Good Luck Sahabat

    BalasPadam
  3. Itulah balasan Allah atas segala ketabahan, kesabaran anda menghadapi ujianNYA kerana hanya Allah yang tahu siapa hambaNYA yang boleh diuji. Ya Allah, semuga segala pintu taubat, rahmat, rezeki dan barakah Allah terbuka seluas2nya untuk anda, saya dan semua. Tqsm update your blog n sharing. All the best.

    BalasPadam
  4. All the best to you.

    BalasPadam