Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....Salam Pertemuan untuk semua.
Ini adalah entry aku yang pertama dalam blog Mencari KeredhaanMu ni. First time berblog ni sebenarnya. Sebelum ni tak pernah pun berblog just baca blog orang je. Ni baru nak berjinak - jinak menulis blog. Banyak kali berfikir sebelum menulis blog ni sebab risau pun ada takut pun ada. Risau dan takut apa yang aku akan coretkan dalam blog ni tak dapat diterima oleh pembaca. Sebelum tu aku nak minta maaf dulu kepada para pembaca kalau merasakan blog ni kurang bagus maklumlah dalam proses pembelajaran. Aku tergerak hati nak menulis blog ni sebab tengok ramai rakan seperjuangan aku menulis blog untuk berkongsi maklumat dan pendapat. Jadi aku rasakan blog ni satu medium yang bagus untuk berkongsi maklumat dan pendapat. Jadi itu lah tujuan aku menulis ni, untuk berkongsi maklumat dan pendapat tentang isu-isu semasa ataupun sebagainya.
Entry yang pertama ni boleh dikatakan sebagai entry pengenalan ataupun entry selamat datang kepada aku. Tak ada sangat maklumat yang nak disampaikan cuma sekadar bercerita kosong. Aku hidup dengan virus yang merosakkan sistem pertahanan badan aku ni pun baru je lagi, lebih kurang 3 bulan. Jadi banyak benda yang aku perlu belajar untuk aku mengenal virus yang ada dalam badan aku ni. 'tak kenal maka tak cinta', nak ke kita bercinta dengan virus ni? Nak x nak kita kenalah bercinta dengan virus ni sebab dia ni dah ada dalam badan kita. Mungkin dengan cara kita bercinta dengan dia kita boleh menjinakkan dia dan berkompromi dengan dia supaya dia serang sistem pertahanan badan kita perlahan-lahan. "Let us control the virus and do not let the virus control us".
Jadi, kepada sesiapa yang nak meninggalkan komen dan cadangan kat blog aku ni amatlah dialu-alukan. Jangan segan silu ya.