Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Rabu, 23 Mei 2012

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....Salam Pertemuan untuk semua.


Ini adalah entry aku yang pertama dalam blog Mencari KeredhaanMu ni. First time berblog ni sebenarnya. Sebelum ni tak pernah pun berblog just baca blog orang je. Ni baru nak berjinak - jinak menulis blog. Banyak kali berfikir sebelum menulis blog ni sebab risau pun ada takut pun ada. Risau dan takut apa yang aku akan coretkan dalam blog ni tak dapat diterima oleh pembaca. Sebelum tu aku nak minta maaf dulu kepada para pembaca kalau merasakan blog ni kurang bagus maklumlah dalam proses pembelajaran. Aku tergerak hati nak menulis blog ni sebab tengok ramai rakan seperjuangan aku menulis blog untuk berkongsi maklumat dan pendapat. Jadi aku rasakan blog ni satu medium yang bagus untuk berkongsi maklumat dan pendapat. Jadi itu lah tujuan aku menulis ni, untuk berkongsi maklumat dan pendapat tentang isu-isu semasa ataupun sebagainya.

Entry yang pertama ni boleh dikatakan sebagai entry pengenalan ataupun entry selamat datang kepada aku. Tak ada sangat maklumat yang nak disampaikan cuma sekadar bercerita kosong. Aku hidup dengan virus yang merosakkan sistem pertahanan badan aku ni pun baru je lagi, lebih kurang 3 bulan. Jadi banyak benda yang aku perlu belajar untuk aku mengenal virus yang ada dalam badan aku ni. 'tak kenal maka tak cinta', nak ke kita bercinta dengan virus ni? Nak x nak kita kenalah bercinta dengan virus ni sebab dia ni dah ada dalam badan kita. Mungkin dengan cara kita bercinta dengan dia kita boleh menjinakkan dia dan berkompromi dengan dia supaya dia  serang sistem pertahanan badan kita perlahan-lahan. "Let us control the virus and do not let the virus control us".

Jadi, kepada sesiapa yang nak meninggalkan komen dan cadangan kat blog aku ni amatlah dialu-alukan. Jangan segan silu ya. 

4 ulasan:

  1. good luck in ur battle. :) ingatlah ALLAH sntiasa bersama org yg bersamaNYA. salam perkenalan. :) im a hiv -ve n i'd really wish that one day stigma towards hiv +ve people is 0% in malaysia n all over the world. let us educate each other in the dangers of this virus n how it spreads properly. ;)

    ini adalah ujian anda di dunia ini, dan sy salute kerana anda tabah menghadapinya...amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cu734ngel atas komen dan kata - kata semangat yang diberikan..saya pun berharap supaya stigma towards hiv +ve kat Malaysia ni 0%..saya gembira dengar yang awak seorang hiv -ve tetapi tidak meletakkan stigma kepada org yg +ve..jika lebih ramai org yg berpandangan macam awak saya rasa impian utk mengurangkan stigma kepada 0% akan tercapai..dan org2 mcm awk yg boleh membantu menyakinkan mereka yg kurang jelas..

      Padam
  2. Salam kenal.
    Boleh kita bersahabat? kenapa kita perlu bersahabat? kerana saya -ve & anda +ve dimana kita perlu belajar weakness & strength each other. Itupun kalau HA sudi.

    BalasPadam
  3. Salam kenal.
    Alhamdulillah kerana ada orang yang ingin bersahabat dengan PLHIV. Kesudian saudari ingin bersahabat dengan saya amatlah saya hargai dan terima kasih kerana sudi untuk bersahabat. Saya berharap lebih ramai lagi insan yang -ve berfikiran terbuka terhadap isu HIV...salam kenalan sekali lagi sahabatku..

    BalasPadam