Jom Reset Minda

Jom tukarkan perkara-perkara negatif dalam fikiran, tingkah laku dan pertuturan kita kepada yang positif. Perkara - perkara positif akan menjadikan kita kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 15 Januari 2015

Welcome Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini,

Pertama-tama sekali saya nak minta maaf kepada semua pembaca-pembaca blog sebab saya lama menyepi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca dan memberi maklum balas tentnag entri-entri saya yang lepas. Diharap lebih ramai para pembaca yang dapat memberi sokongan kepada blog ini di masa hadapan.

Lama saya menyepi, saya rasa hampir setahun atau mungkin lebih daripada setahun saya menyepi. maklumlah kebelakangan ini saya sibuk sedikit dan kurang ada mood nak menulis dalam blog ni, tak ada idea nak tulis. Hari ini tiba-tiba rasa terpanggil untuk update semula blog yang dah berkurun tak di update ni. Sebelum saya lupa, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada para pembaca, walaupun dah setengah bulan berlalu. huhuhu.

Entri kali ini mungkin tak ada perkara yang penting hendak saya bincangkan, hanya sekadar membuat come back setelah lama menyepi. Mungkin saya boleh update sedikit perkembangan kehidupan saya sebagai PLHIV. Buat pengetahuan para pembaca, diam tak diam dah hampir 3 tahun saya hidup dengan HIV. Cepatkan masa berlalu. Bulan depan Februari, 17 adalah ulang tahun saya hidup sebagai PLHIV. Alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan ntuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang kepada aku untuk terus hidup di muka bumiMu ini dan terus berbakti kepada hamba-hambaMu. Alhamdulillah, pada sesi rawatan susulan saya dengan pakar ID di HSB hujung tahun lepas menunjukkan tahap kesihatan di tahap yang memuaskan dan saya masih lagi belum memulakan rawatan HAART. pada yang tidak tau apa itu rawatan HAART, rawatan HAART atau nama panjangnya Highly Active Anti-Retroviral Teraphy, di mana rawatan ini diberikan kepada PLHIV untuk membantu mengurangkan bilangan virus HIV dalam badan dan secara tidak langsung memanjangkan hayat mereka dan membolehkan mereka hidup normal seperti orang yang tidak dijangkiti oleh HIV. Mungkin pada entri yang berikutnya saya akan sentuh pasal HAART ini untuk memberi gambaran kepada para pembaca mengenai apa itu HAART.

Saya berharap di tahun baru ini saya akan lebih sihat dan berjaya dalam hidup. Harap para pembaca mendoakan yang terbaik untuk saya. Pada tahun 2015 ini juga saya harap supaya saya dapat menghabiskan pengajian saya di peringkat sarjana dengan jayanya. Kepada pembaca yang tertanya-tanya, orang yang ada HIV ni boleh ke sambung belajar? Jawapannya ialah YA, orang yang ada HIV masih boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun Doktor Falsafah. Semuanya bergantung pada diri individu itu bukan HIV. Jika remaja PLHIV di luar sana yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, teruskan niat anda itu kerana HIV bukan penghalang kepada niat dan kejayaan anda. Itu semua adalah merupakan persepsi masyarakat umum yang kurang pengetahuan tentang HIV. Anda berhak mengatur masa depan anda sendriri bukan mereka di luar sana.

Saya rasa mungkin sampai di sini dulu nukilan saya pada kali ini. Insha Allah di masa-masa akan datang saya akan update blog ini buat tatapan para pembaca. Akhir kalam dari saya, semoga para pembaca di luar sana sentiasa mendapat redha dan lindungan daripada Allah S.W.T. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.



14 ulasan:

  1. Tahniah kepada abang kerana bakal menamatkan pengajian. Saya berumur 21 dan disahkan hiv pada tahun lepas. Sy baru abis diploma tapi dalam dilema yg sgt2. hari2 sy duk fikir. X tau sama ad nk kerja atau sambung ke peringkat ijazah sbb sy risau dgn status sy sebagai PLHIV. harap dapat pandangan drpd abg. trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga awak tabah yer. Dapatkan rawatan di hospital dan awak kena ingat yang hiv bukanlah virus yg bahaya seperti virus2 lain. Kalau awak dapatkan rawatan drpd hospital awak dapat jalani kehidupan yg normal seperti org lain.

      Padam
    2. sya kurang setuju dgn pendapat awk yg virus hiv x berbahaya seperti virus2 lain..harus diingat.virus hiv masih tiada ubat seperti virus2 lain..yg ada hanyalah utk mengurangkn jumlah virus dlm darah tpi x menyembuhkn sepenuhnya..hiv people adalah dlm kategori immunocompromised patient yg bermaksud pesakit yg mmpunyai antibodi yg lemah utk melawan penyakit dlm badan..jadi mereka lebih senang utk dpat pelbagai pemyakit dan jangkitan sebab antibodi x mmpu melawan penyakit2 berbanding org normal..mcm mna anda merasakn virus ini tidak bahaya sperti virus2 lain?maaf,sya tidak mahu org mendapat maklumat yg salah tntang hiv dan menganggapnya sesuatu yg remeh.kita kena usaha tanggani masalah ni sama2.insyaAllah.semoga plhiv terus tabah dan banyakkan berdoa.

      Padam
    3. Adakah anda dapat menyambung degree ?

      Padam
  2. Alhamdulillah, sudah 3 tahun ya. Sekejap saja masa berlalu. Macam mana perkembangan sekarang?

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah awak kekal sihat dan masih tidak memerlukan rawatan haart... awak ada lakukan apa2 ke untuk mengekalkan tahap cd4 yg bagus? Boleh kongsikan....

    BalasPadam
  4. assalam bro. tahniah atas kejayaan dalam pelajaran.. =) nak tanya, sebelum sambung belajar biasanya kita perlu buat medical checkup.ada tak virus yang ada ni akan menyebabkan medical checkup kita keputusannya negatif? dan perjalanan utk sambung belajar terhenti? terima kasih ya bro )

    BalasPadam
  5. assalam...sy baru jer disahkan positiv HIV 2 minggu lepas..time tu nk wat medical checkup tuk smbung advnce dip....tapi malangnya doktor kata sy tak layak tuk pergi.....time tu rasa sedih sgt..yer la.family, kwn2..opismate malah bos sendiri da tau pasal sy nk pergi amik advnce dip tu..rasa kecewa sgt..sbb da kecewakan ramai semua orang..... keluar klinik...sy duk termenung..ape nk bgtau kt my bos..kwn2 malah family....rase down2 sgt mase tu...last2 sy tipu sume orang yg sy ade penyakit lain....until now...family n kawn2 tak tau sy ade hiv...hope rahsia sy ade hiv tak terbbongkar....huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam code..bilakah anda merasa siptom2 hiv tu..??..

      Padam
  6. Take care bro. Jgn lupa makan ubat ok. Good luck for ur study

    BalasPadam
  7. Take care bro. Jgn lupa makan ubat ok. Good luck for ur study

    BalasPadam
  8. saya sangat berharap satu hari nnti dapat membantu golongan yg diuji kecelaruan identiti or nafsu mcm sya ni drpd jauh lg terlanjur.sya bknlah plhiv dan jgk sya jgk bkan seorg lelaki,tapi sya tetap diuji dgn perasaan sejenis mcm anda semua.insyaAllah,sya nak bersama2 semua berusaha mengubah persepsi masyrakat yg memandang hina golongan yg diuji mcm kita ni sebaliknya berusaha bersama2 mmberikn smgt serta peluang kedua bgi yg dh terlanjur.kalau tuhan maafkn hambaNya.spa kita manusia nk menilai seseorg scara melebih-lebihkn.sya doakn utk semua yg merupakan plhiv supaya tetap tabah dan kuat menghadapi ujian Allah ni.Allah nk bersihkn dosa kita spaya kita ingt Dia dan kita menghadap Dia dlm keadaan hati kita adalah hati seorg hamba.jgn stress2.amik ubat dan banyakkan berdoa.insyaAllah hiv itu sebenarnya memulangkan jiwa seorg hamba kepada tuhanNya.teruskn fight n never lose hope with life n god.aminn =)

    BalasPadam
  9. Mohon bertanya.bukankah ubat haart mengandungi dadah.bagaimana dgn ujian urin dihospital untak syarat melanjutkan ke universiti.jika positif boleh lulus ke

    BalasPadam
  10. As salam encik. Apa khabar skrg ?

    BalasPadam